LEMPENG NESTUM ... Sarapan Untuk Ibu Yang Berpantang
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Selepas menikmati keenakan LEMPENG OAT BERMADU tempoh hari, akak cuba pulak sediakan LEMPENG NESTUM untuk anak saudara akak.
Dalam penyediaan lempeng Oat, bancuhan adunan haruslah lembut untuk mendapatkan texture kuih yang cantik dan sedap kerana oat akan mengembang dan menyerap cairanr dalam adunan apabila siap dimasak,
Berbeza dengan Lempeng Nestum, jika bancuhan nya lembut, kita akan menghadapi sedikit kesukaran semasa proses membakar nya. Jadi pastikan adunan nya sedikit keras ya.......
Rasa nya memang umphh !
Jomm kita masuk dapurrrr ........
Bahan A
1 1/2 cawan nestum
3 camca besar susu pekat manis
2 cawan susu segar 'Dutch Lady'
2 camca besar madu1 cawan tepung gandum (jika adunan lembik semasa memasak, boleh ditambah sedikit lagi tepung)
Bahan B
Sedikit kismis
Sedikit minyak zaiton / jagung (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
*Pastikan adunan mesti pekat
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick *kuali biasa kemungkinan tepung akan melekat).
3. Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan. Dan tabur sedikit kismis diatas nya.
4. Biar sehingga bahagian bawah kuih telah sedikit mengeras sebelum membalikkan.
5. Masak sehingga keemasan sebelum diangkat.
* Pastikan guna api yang kecil ya...
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Macam sedap aje
ReplyDeleteNak cuba sedikit kelainan. Semua nak try
Deletesedapnya. nak cuba lah
ReplyDeleteSedap lemak lemak manis
Deletelama dh tak msk campur nestum... yelah kt umah dh abis stok nestum... klu msk dlm lempeng atau jemput2 bau dia tuh... perkkkh harum sgt
ReplyDeleteBetul tu. Satu adunan ni jenuh makan. Dapat banyak ketul
DeleteMenarik betul resepi yang ini.. Boleh cuba juga nie nanti..
ReplyDelete