ROTI TELUR LEMAK MANIS ... Sarapan yang mudah dan sangat sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Selamat pagi..
Jom kita sarapan dengan ROTI TELUR LEMAK MANIS

Sebenar nya nak menyediakan roti telur ini tak lah susah sangat.
Boleh masukkan apa saja yang kita suka kedalam bancuhan telur tu.
Kalau nak tambahkan  Cheese pon boleh, tapi akak tak letak sebab tak berapa suka.

Suka cara masak sebegini saperti yang pernah masak ketika akak kecil dulu untuk adik akak yang gemar sangat makan Roti Telur.
Yang menjadi salah satu makanan asasi nya kerana adik akak tak makan nasi, cuma roti saja....

Jomm... cuma kali ini akak tambahkan sedikit Thousand Island. Nak masukkan mayonise pon boleh...


Bahan A
Roti secukupnya (dipotong kepada kepingan)
Sedikit butter
Kepingan Cheese *optional

Bahan B
3 biji telur ayam (di kocak)
1 biji Bawang Holland (dipotong kiub)
1 biji Cili Merah (dihiris nipis)
2 biji Cili Padi (dihiris nipis) * optional kalau nak lebih pedas 
1/2 camca besar Gula Putih
1/3 camca teh Lada Hitam serbuk
1/3 camca teh Lada Putih serbuk
1 camca besar Thousand Island
1 camca besar Moyanise *optional
Hirisan Daun Bawang
Hirisan Daun Sup
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan B dalam mangkuk dan ia kemudian nya dikocak sehingga rata.

2. Panaskan kuali dengan api yang kecil.
3. Masukkan sedikit butter dan ratakan.
4. Ambil sekeping roti, sudukan bancuhan telur keatas nya dan ratakan lalu terus di tekap kedalam kuali. Biar seketika sehingga telur membeku baru digerak-gerakkan roti itu dalam kuali untuk mendapat 'kegaringan' yang sekata.
* Pastikan roti tidak 'ditekan' untuk mengelakkan ia menjadi mampat dan texture kurang menarik.

5. Apabila sudah pasti permukaan roti telah bertukar keperangan baru lah ia diterbalikkan. Teruskan memasak sehingga permukaan sebelah lagi juga sedikit keperangan.
6. Siap untuk dihidangkan.

* Pastikan bancuhan telur diletakkan atas roti sebaik ingin membakarnya untuk menyelakkan telur menyerap kedalam roti jika dibiarkan terlalu lama terdedah.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.