MASAK LEMAK HALBA 'JERUK KUBIS PANJANG' ... memang puas hati sangat. Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

MASAK LEMAK 'JERUK KUBIS PANJANG'  resepi untuk hari ini.
Tapi akak masak beberapa hari yang lalu, sebelum raya Qurban lagi.
Tak boleh tengok JERUK KUBIS PANJANG ni dalam peti ais, maklum asyik buka tutup peti ais tentu nampak kan
Terliur akak !

Ini homemade tau ....
Bukan beli punya.
Kalau buat jeruk sendiri memang terasa amat-amat puas hati.
Tak ada perasaan was-was
Kerana kebersihan nya tentu lebih terjamin.

Nak tahu cara menyediakan nya, boleh rujuk di sini JERUK PAK CHOY.

Yang ini akak masak separuh dulu, maklum kubis tu besar, jadi semasa menjeruk hari tu akak potong 4 bahagian siap-siap.


Bahan A
1/2 biji Jeruk Kubis Panjang (Tak perlu dibasuh. Hanya ditoskan air rendaman)
10 ekor Udang Besar
Sedikit Minyak untuk menumis

Bahan B (dikisar halus)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah
8 biji Cili Padi Hijau
8 biji Cili Padi Merah
1/2 inci Halia
1/2 inci kunyit hidup atau 1 camca teh kunyit serbuk
1/3 camca teh Biji Halba
20 gram/Sejemput ikan bilis (ditumbuk kasar)
Sedikit air

Bahan C
1/2 kotak Santan Pekat 'KARA'
Air secukupnya sebagai kuah
1 batang Serai (diketuk)

Bahan C
1 helai daun Kunyit (dihiris halus)
3 helai daun Limau Purut (dihiris halus)
1 keping Asam Gelugor
1/2 camca teh 'Perasa Ikan Bilis'
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B dan biji halba. Kacau sehingga hampir kering / air susut.
2. Masukkan bahan C, sebatikan dan sederhanakan api. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah. 
3. Apabila kuah 'hampir-hampir' mendidih, terus masukkan Jeruk Kubis, Udang dan semua bahan C. Perlahankan api dan teruskan masak sehingga kuah hampir mendidih semula.
4. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. sedap tu FHA...mmg nak kena cuba tapi nak kena menjeruk dulu la nampaknya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.