IKAN PANGGANG TUMIS ASAM ... Untuk Ibu Yang Berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Teringat akan lauk yang disediakan oleh pihak hospital KPJ Penang kepada anak saudara semasa ditahan di wad bersalin tempoh hari, lauk yang begitu simple tapi amat menyelerakan; Ikan Duri Masak Asam.
Memang sesuai sangat untuk ibu yang berpantang.

Kita yang jadi pelawat pon boleh terliur.  hehehe !

Tapi untuk resepi hari ini akak tak guna ikan duri, tapi kembong.
Nak ganti dengan ikan duri pon boleh ...
Akak masak IKAN PANGGANG TUMIS ASAM

Semasa panggang ikan dah terbau-bau keenakkan nya...

Jomm .............


Bahan A
2 ekor Ikan Kembong (bersaiz besar)

Bahan B
3 ulas bawang putih  (ditumbuk)
1/2 inci halia  (ditumbuk)
1/3 camca teh lada hitam serbuk
1/3 camca teh lada putih serbuk
1/2 camca teh kunyit serbuk
1 camca besar minyak
sedikit garam

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 halia (dihiris batang mancis)

Bahan D
1 camca teh 'penuh' asam jawa  *Akak guna jenama 'ADABI'
1 1/2 camca besar (rata) gula kabung  * jika guna gula perang atau gula merah lebihkan sedikit
1/2 cawan air
sedikit garam

4 ulas bawang merah (dimayang nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A sehingga sebati. Kemudian nya dilumur pada ikan dan diperap sekurang 1 jam sebelum dibakar dalam kuali 'non-stick'. Tutup kuali semasa membakar supaya wap  terperangkap didalam dan ikan masak dengan sempurna.
2. Apabila ikan telah masak, angkat dan kedalam piring lauk.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang dan tumis bahan C sehingga terbit aroma.
4. Masukkan bahan D (kecuali bawang merah) dan kecilkan api. Masak sehingga terbit sedikit minyak dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan bawang merah, kacau rata selama 1 minit, kemudian curahkan dalam piring yang berisi ikan panggang tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. Aduh mak aiiih... kalau singgah sini mesti juling mata tengok gmbar cantik...

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau mata juling, kena hati-hati
    hehehe !

    ReplyDelete

Powered by Blogger.