NASI GORENG CENDAWAN ... yang sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Salam Jumaat..

Haiiiii, dah malam-malam baru lah akak sempat jenguk blog
Biasa lah b-zi sikit..
heh ! kalau tak b-zi pon buat-buat b-zy jugak. hehehe !

Hokey...
Saperti yang akak cerita hari tu, akak diberikan sebungkus Cendawan yang segar bugar, bungkus besar kauu ! melambak ! banyak !
Dah tak tau nak masak apa, banyak sangat !

Jadi hari tu akak dah masak ASAM REBUS CENDAWAN  !

Untuk hari ini kita tengok NASI GORENG CENDAWAN pulak
Nasi goreng dengan lemak-lemak butter... yummy !!!

Pssss.. hujung minggu malas nak coloteh panjang , Jom....


Untuk 2 orang makan

Bahan A 
1 mangkuk besar nasi sejuk
1/2 camca besar butter

1/2 mangkuk besar cendawan

Bahan B
2 camca besar minyak
2 tangkai daun kari

Bahan C (ditumbuk)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah

Bahan D
1/3 mangkuk kecil lobak merah
1/3 mangkuk kecil isi jagung
2 keping fish cake

Bahan E
1 camca besar budu
1/2 camca besar sos tiram
sedikit air
sedikit garam (jika perlu)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Nasi sejuk di gaul dengan sedikit butter dan diketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumis daun kari bersama bahan C sehingga terbit aroma.
4. Masukkan bahan D, kacau-kacau masak sebentar sahaja untuk mengekalkan kerapuhan sayur.
5. Masukkan bahan E dan biarkan perencah mendidih semula sebelum masukkan nasi bersama  cendawan. Terus besarkan api dan ratakan sepenuhnya.
6. Siap untuk dihidangkan.

* Makan dengan ikan bilis goreng ranggup

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.