KUIH CARA DURIAN ... kulit nya garing, dalam nya lembuut sangat-sangat. Jom tonton YOUTUBE !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Alhamdulillah, tahun ini boleh dikatakan negara kita jenuh dengan buah-buahan.
Murah-murah pulak tu. Terutama buah durian...
Dulu pernah sekali harga durian jatuh merunum, kalau tak siapa berbelas tahun dulu.
Tahun ini pon sama,
Syukur kita dapat merasa dan makan dengan puas.
Akak yang jarang makan durian walau pon amat minat, tidak mahu ketinggalan,
Suka makan begitu sahaja.
Tapi kadang tu makan juga dengan nasi campur susu, gula dan garam.
Lebih kurang 2 minggu lepas, tekak ni terasa nak makan kuih perasa durian
Maka terjadi lah KUIH CARA DURIAN ini,
Resepi kuih cara ini akak rujuk resepi asal di sini KUIH CARA MANIS yang mana kejadian kuih ini amat-amat lembut.
Jommmm...
KITA TONTON VIDEO macam mana nak buat kuih ini
KITA TONTON VIDEO macam mana nak buat kuih ini
Jangan lupa.....SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya adik-adik akak semua akan dimaklumkan dengan video-video masakan yang lain !
Video tu sebagai panduan saja ya.....
Kalau tercatat santan pekat, pastikan guna 'santan pekat',
Jangat sesekali gantikan dengan santan cair kerana texture kuih kita akan kurang menjadi dan jangan disalahkan resepi pulak !
Sukatan mesti tepat,
kalau 1 cawan, pastikan 1 cawan rata ......
Jangan dikurang atau ditambah melimpah terutama tepung gandum dan yang lain.
Sukatan yang akak bagi ni tepat-tepat dapat kuih yang amat- lembut dan sedap.
Lagi satu.. rujuk video, akak lupa nak record 'tambahan minyak masak', juga telur 2 biji.
Jadi ikut resepi yang akan catat dibawah ini ya.....
Bahan A
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat 'KARA'
2 biji telur ayam gred B
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan (dari 5 helai daun pandan)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna hijau
Gula putih
Isi durian dari 4-6 ulas *bergantung kepada ketebalan isi durian
Bahan C (Untuk sapuan pada dasar loyang)
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas dan sebatikan. Untuk memudahkan boleh juga dimasukkan kedalam blender dan dikisar sekejap.
2. Panaskan acuan terlebih dahulu dengan api yang kecil.
3. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Kalau ada sedikit minyak bertakung, biarkan ia. Tujuan untuk menggaringkan kuih nanti
4. Kacau adunan tepung dahulu sebelum di ceduk/ tuang kedalam acuan yang panas. Tuang hampir-hampir penuh ia-itu lebih kuran 4/5 bahagian.
5. Biarkan seketika <> 6 saat (bergantung kepada kepanasan api) supaya tepung di bahagian bawah sedikit membeku.
* Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar yang mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
6. Masukkan sedikit gula lebih kurang 1/3 sudu teh dan disusuli dengan isi durian.
7. Tutup dengan tudung periuk supaya bahagian tengah masak dengan sekata. Tapi jangan terlalu lama kerana kuih akan mengelembung kerana wap panas.
8. Buka tudung periuk dan teruskan memasak sehingga bahagian luar sedikit keperangan untuk mendapatkan keranggupan kulit.
9. Siap untuk dicolek keluar dari acuan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments: