ASAM PEDAS AYAM 'JERUK PAK CHOY' ... memang sedap ! Boleh layan berpinggan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Hari ini akak menikmati lauk 2 dalam satu, sayur jeruk dalam 'asam pedas ayam'.
Memang teramat sedap.
Lagi lagi kalau makan asam pedas tu ketika masih panas.
Tambahan pula jeruk ni dibuat sendiri, sudah tentu terjamin kebersihan nya .......

Boleh rujuk disini untuk resepi JERUK PAK CHOY

Dan...
Pada saat entry ini ditulis, dah tak ada lagi baki sayur jeruk didalam periuk.
Yang tinggal hanya lah ketulan-ketulan ayam 2 ketul tergolek-golek gitu ......
hahaha !

Lepas ni akak nak cuba Jeruk Kubis pulak
In Sya ALLAH
Tunggu ya .....................

Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
8 pokok Jeruk Pak Choy /anak sawi  (tidak perlu dibasuh, hanya ditoskan air rendaman)

Bahan B
1/3 cawan minyak masak (minyak perlu lebih sedikit)
4 ulas bawang putih (dihiiris nipis)
4 ulas bawang merah (dihiiris nipis)

Bahan C (dikisar halus)
20 biji cili kering *sesuaikan kepedasan
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 camca teh lada hitam *optional
1/2 camca teh lada putih *optional
sedikit belacan
air secukup nya untuk mengisar

Bahan D
air secukup nya sebagai kuah
1 pokok daun kesum (diambil daun nya sahaja)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
2 batang serai (diketuk)
1 1/2 camca besar pes  asam jawa 'Adabi' * ikut kemasaman yang disukai

Bahan E
1/2 camca teh perasa ayam 'KNOR'
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Toskan jeruk Pak Choy, atau boleh diperah perlahan-lahan untuk keluarkan air dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga sedikit keperangan.
3. Masukkan bahan C dan perlahankan api. Masak sehingga pecah minyak dan cili sedikit garing.
Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia berkerak.
4. Masukkan bahan D, sebatikan dengan tumisan cili tadi dan biarkan sehingga ia mendidih seketika.
5. Masukkan ayam dan teruskan memasak dengan api sederhana.
6. Apabila 'agak-agak' ayam 1/2 masak, masukkan sayur jeruk Pak Choy.
7. Teruskan sehingga ayam masak sempurna sebelum diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Salam kak Faudziyah,
    Kalau tukar ngan Ikan temenung boleh tak Ayam tu. Saya nak tanya Jeruk petai kalau pakai gula biasa ok tak instead of gula perang?

    Hasnah
    Bukit Tengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,
      Boleh. Tapi semasa memasak tu kena lebih berhati kerana temenung mudah hancur. Akak pon suka asam pedas ikan.
      Untuk petai jeruk pula, gula perang boleh di ganti dgn gula putih, lagi pon gula tu optional ja, tapi kalau letak akan ada rasa sipi sipi manis jeruk tu

      Delete
    2. Jika asam pedas ikan, pastikan jeruk sayur dimasuk dahulu. Apabila kembali mendidih baru dimasukkan ikan

      Delete
  2. Pergh!! Macam sedap je.. Nak sikit kak.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.